Make your own free website on Tripod.com

 

Google

PASARAN WANG & MODAL PERBANDINGAN

Penulis : UNKNOWN

 

8. 6 1999

Pasaran modal wujud dengan tujuan untuk menampung lompang / ruang antara pihak yang memerlukan kredit jangka pendek dengan pihak yang sanggup membekalkan wang dalam jangka masa pendek.

 

·         Oleh itu, pasaran wang ialah satu pusat apabila permintaan & penawaran jangka pendek bertemu.

·         Ia merupakan satu pusat penjelasan bagi urusniaga aset kewangan.

·         Aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam pasaran wang ialah :

Permindahan dana daripada golongan yang mempunyai lebihan dana kepada pihak yang mempunyai defisit dana termasuklah pertukaran aset kewangan yang mewakili tuntutan jangka pendek.

 

OLEH ITU, pasaran wang ialah keupayaan untuk menyediakan peluang- peluang pelaburan untuk mereka yang mempunyai lebihan dana dan juga sebagai satu sumber bagi mereka yang mempunyai kekurangan dana.

 

KOMODITI PASARAN WANG

Ia melibatkan aset-aset kewangan seperti :

·         Wang panggilan

·         Wang bermalam

·         Bil perbendaharaan

·         Sekuriti kerajaan

·         Bon

·         Cagamas

·         Sijil deposit boleh niaga

·         Sijil pelaburan

 

Pasaran wang merupakan pasaran mudah tunai & kewujudan pasaran ini tertakluk kepada 2 SYARAT:

1.       Terdapat sejumlah aset yang tinggi kecairan yang mampu ditukarkan kepada tunai dengan segera tanpa mengalami kerugian yang besar.

2.       Terdapat suatu darjah penumpuan yang tinggi dalam urusniaga aset dengan pelbagai aset mudah tunai yang memiliki ciri yang berbeza & mempunyai tujuan tertentu.

OLEH ITU, adalah di dapati bahawa pasaran wang ialah pusat urusniaga mudah tunai.

 

FUNGSI UTAMA PASARAN WANG :-

·         Mewujudkan satu cara untuk mewujudkan kadar kecairan yang seimbang.

 

W/ bagaimanapun, pasaran wang tidak seperti pasaran saham di mana ia tidak mempunyai satu organisasi formal untuk melakukan dagangan seperti BSKL. Pasaran wang hanya satu koleksi pasaran bagi alat wang j/ masa pendek.

 

UNIT LEBIHAN & UNIT KURANGAN

·         Dalam ekonomi secara keseluruhan dana dapat diberi oleh unit lebihan yang tabungannya melebihi pelaburan di mana ia boleh dibeli oleh unit kurangan.

·         Unit kurangan : pelaburan lebih besar drp tabungan (defisit).

·         Pertukaran dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan dibuktikan melalui kertas dagangan sebagai mewakili satu aset kewangan kepada pemiliknya & ia (kertas) sebagai liabiliti kepada pihak yang mengeluarkan kertas .

Manakala orang yang memiliki kertas baginya ialah aset.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

21/6/99

KENAPA PERLU KEPADA PASARAN MODAL? SBB….

 

1. Aliran masuk & keluar wang tidak sama

    Cthnya kerajaan memperolehi pendapatan cukai pada akhir tahun,

    Tetapi perbelanjaannya hampir tiap-tiap hari

·         Apabila berlebihan, dana yang lebih akan dimasukkan dalam pasaran wang dengan membeli          kertas-kertas kerajaan dan lain-lain instrumen,

·         Apabila kekurangan, ia juga akan memasuki pasaran wang dengan menjual kertas kerajaan, mengeluarkan deposit dll.

 

1.       Aktiviti pasaran wujud akibat perpindahan dana antara institusi kewangan

Ia berlaku kerana mereka perlu memenuhi beberapa keperluan seperti minimum mudah tunai, rezab iaitu untuk menampung pengeluaran deposit.

 

2.       Krn nilai wang yang mudah merosot

Pegangan nilai wang yang berlebihan tidak menguntungkan kerana ia mengalami kos lepas dilaburkan berbanding disimpan begitu sahaja.

 

WANG

Wang didefinisikan mengikut daripada mana wang itu digunakan.

Ia didefinisikan juga sebagai apa sahaja yang dikenali sbg alat pengukur nilai @ krn kuasa belinya.

 

Ahli ekonomi mendefinasikannya dari 2 aspek :

·         Fungsi : alat pertukaran , unit nilai, penyimpan nilai & alat piawai bayaran tertangguh.

·         Fizikal : wang ialah wang syiling, kertas & buku-buku cek.

 

Definisi wang sebenarnya ialah….

Apa sahaja yang diterima umum sbg alat pertukaran barangan @ sbg alat bayaran tertanguh & untuk diterima umum, wang mestilah mempunyai nilai yang stabil & kuasa beli yang tetap utk memberi keyakinan kepada orang ramai.

 

 

Ciri- ciri Wang

1.       Nilainya mesti tetap & tidak terlalu kerap berubah

2.       Mudah dibawa, disimpan & dipindah

3.       Tahan lama, tak mudah rosak

4.       Boleh dibahagikan kepada unit yang kecil

5.       Bhn yang dijadikan duit mesti seragam

Cth. Kalau RM 10 merah, merah semuanya

6.       Penawaran yang terhad

 

Sejarah Ringkas Wang

            Penggunaan wang dalam sejarah manusia telah lama digunakan. Ia diperkenalkan bagi mengatasi kelemahan urusniaga sistem barter spt beras dgn baju.

           

Wang yang mula-mula sekali ialah wang komoditi iaitu barangan yang digunakan dalam masyarakat spt kerang, besi, makanan, beras dll. Kemudian timbul wang emas & logam tetapi masalahnya ialah ianya terhad. Seterusnya lahirlah wang kertas yang asalnya berpunca daripada resit tukang-tukang emas.  Mulanya wang disandarkan kepada emas, kini kepada US Dollar & kegiatan ekonomi.

 

Fungsi Wang

1.       Alat pertukaran

2.       Pengukur nilai – untuk membuat perbandingan

3.       Penyimpan nilai – untuk urusniaga akan datang

Ia perlu mempunyai tahap kecairan yang tinggi agar boleh digunakan bila-bila masa

4.       Ukuran piawai bayaran tertunda – tukaran itu mestolah bernilai

 

Jenis-jenis Wang

Di malaysia terdapat 3 jenis wang :

1.       syiling

2.       kertas

3.       deposit permintaan- akaun semasa- cek

 

Wang kertas & syiling ialah wang sebenar krn ia diisytiharkan sebagai wang & diterima dengan yakin oleh penduduk  M’sia. Deposit semasa juga adalah wang kerana ia boleh ditunaikan daripada cek kepada wang.

 

Bekalan Wang

Ialah jumlah stok dlm ekon. Ia boleh didefinisikan dengan pelbagai cara bergantung kepada aset kewangan yang berbeza dari segi kadar faedahnya & mudah tunainya- semudah mana aset itu ditukarkan kepada wang

 

Di M’sia ada 3 definisi bekalan wang :

1.       Yang sempit @ M1 = wang tunai + deposit semasa

Yang terdiri drp duit syiling, wang kertas & deposit semasa

 

2.       Yang agak luas @ M2 = M1 + wang hampir

Wang hampir ialah deposit tetap & saving deposit sektor swasta

 

3.       Yang lebih luas @ M3 = M2 + deposit di institusi tabungan

Semua deposit sektor swasta spt Bank Saudagar, rumah diskaun, sykt kewangan dll

 

Penciptaan Wang

Bank Perdagangan selain menerima tabungan & memberi pinjaman ia boleh juga mencipta wang. Inilah yang membezakan Bank Perdagangan melalui simpanan semasa. Ia tidak memberi faedah kpd empunya akaun tetapi mrk berhak mempunyai buku cek.

 

Permintaan Wang

Menurut Keynes, mskt meminta wang bukan sahaja untuk membeli barangan ttp juga untuk awasan & spekulasi. Baginya mskt memegang duit kerana:

 

1.       Bermotifkan keuntungan

Ini merupakan motif yang paling penting  sbg alat u/ niaga. Semakin tinggi pndapatan, semakin tinggi u/niaganya.

 

 

 

2.       Motif awasan

Wang berfungsi sebagai penyimpan nilai . Setiap orang memegang duit kerana tidak mempunyai kepastian penerimaan bayaran & membuat bayaran.

 

3.       bermotifkan spekulasi

untuk digunakan membeli saham dgn tujuan mencari keuntungan dalam situasi tertentu.

 

CIRI-CIRI PASARAN WANG

1.       Mempunyai banyak pasaran

Dr segi skop pasaran, pasaran wang tidak hanya 1 pasaran ttp kump pasaran dari pelbagai aset berlainan spt bank, perbadanan, bank negara & lain-lain agensi

 

2.       Ia lebih bersifat pasar borong

Krn jmlah urusniaga adalah besar & pinjaman melibatkan gandaan wang yang berjuta. Oleh itu, ia perlukan kepada kecekapan & kemahiran pesertanya.

 

3.       Pinjaman yang berlaku dalam pasaran ini tdk bercagar

Kebanyakan u/niaga dijalankan berasaskan pinjaman tanpa cagaran. Tidak semua pihak dibenarkan menyertai pasaran ini.

 

4.       Krn keperluan kepada pasaran itu sendiri

Wujudnya unit lebihan & kurangan sementara dalam j/masa pendek

 

5.       Tempoh pinjaman pendek

Iaitu antara 1 hari – setahun. Ia bergantung kepada rundingan & amalan. Ciri-ciri mudah tunai merupakan asas u/niaga pasaran wang agar tidak berlaku kehilangan modal.

 

6.       Obj. pasaran wang

Krn objektif keselamatan & kecairan & faedah dalam j/masa pendek

 

7.       Jenis risiko

Risiko pasaran- kerana turun naik nilai faedah dalam pasaran

Risiko inflasi, risiko politik, risiko hutang sekuriti

Risiko mata wang- krn kita berdagang dengan luar & turun naik matawang.

28/6/99

OBJEKTIF PASARAN WANG

1.      Utk Memperuntukkan Tabungan Dlm Sesebuah Ekon Kpd Pengguna T’akhir Dgn Cekap

Jika tabungan sama dengan peruntukan modal, maka ekon itu boleh maju tanpa ada pasaran wang. (ini tidak berlaku). Semakin berbagai bentuk corak tabungan dan pelaburan yg diperlukan oleh sesebuah ekon, maka pasaran wang yg cekap bg menyalurkan tabungan kepada pengguna akhir semakin diperlukan.

Pasaran wang berperanan sebagai tempat pelaburan & pinjaman bg pelabur & peminjam. Kewujudan pasaran wang merupakan pasangan yang paling ideal bg unit lebihan & kurangan dlm ekon.

 

2.      Utk Memperkembangkan Lagi Aset Pasaran Wang Bagi Sesebuah Negara

Di M’sia ketika awal merdeka, aset amat kurang sekali, maka pelaburan aset j/pendek oleh bank-bank perdagangan banyak dilakukan di luar negara. Oleh itu, Bank Negara terpaksa mencipta pelbagai jenis aset kewangan j/ pendek bagi mengurangkan institusi tempatan menukarkan dana j/pendeknya di luar negara.

Oleh sebab kepentingan pasaran wang bagi menjamin pembentukan modal yang mencukupi, maka jika aset kewangan itu hanya terhad kpd wang kertas shj, maka setiap unit ekon itu dapat melabur sebanyak jum yang ditabungkan itu shj. Kekurangan aset kewangan menyebabkan pertumbuhan eon menghadapi masalah krn aktiviyinya amat terbatas.

Pelaburan yg besar, sedangkan tabungannya kecil, ia akan menangguhkan pelaburannya sehingga dapat mengumpul tabungan yang mencukupi. Sebab itulah, pasaran wang mesti dikembangkan supaya pertumbuhan ekon tidak terbantut.

 

3.      Pasaran Wang Lebih Memudahkan Perlaksanaan Dasar Kewangan Negara

Dasar ini biasanya melalui Bank Negara. Ia berubah-ubah mengikut keperluan semasa

-          keperluan nisbah tunai & nisbah rezab berkanun.

Monetary policy : Bank Negara

Pisca policy        : Kerajaan.

 

JENIS-JENIS PASARAN WANG

2 kategori :

1.       Pasaran Utama / Pasaran Peringkat 1

2.       Pasaran Kedua / Pasaran Peringkat 2

Pasaran Utama

Ia melibatkan keluaran baru iaini bertindak mencipta & menamatkan tuntutan kewangan. Para peserta di pasaran ini terdiri daripada pembekal pertama dan pengguna akhir. Pembekal ini pula terdiri daripada :

·         Orang perseorangan

·         Syarikat-syarikat besar / korporat

·         Sektor kerajaan

·         Sykt perdagangan antarabangsa

·         Kump wang simpanan & pencen

·         Kump wang amanah

·         Sykt-sykt insuran

 

Kump ini biasanya menyimpan wang lebihan dana mereka ini dalam bentuk deposit j/ pendek di 4 institusi-institusi kewangan seperti di :

·         bank-bank perdagangan,

·         bank saudagar,

·         sykt kewangan

·         rumah/ sykt diskaun.

 

Peranan yang dimainkan oleh institusi kewangan tersebut adalah bergantung kepada skop kegiatan pengambilan deposit sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia kerana adalah t/jawab Bank Negara menentukan skop aktiviti pengambilan deposit setiap institusi kewangan tersebut.

Cthnya : Bank perdagangan & sykt kewangan diberi kebenaran menerima deposit tabungan & tetap daripada public. Bagi Bank Perdagangan tempoh tdk kurang daripada 1 bulan. & sykt kewangan tidak kurang dari 3 bulan ( dah dihapuskan pd Okt 1991).

Peranan Bank Saudagar terhad kpd penerimaan deposit tetap drp badan-badan korporat & pelbagai institusi kewangan - bank-bank & institusi kewangan yang lain yang ditentukan. ( tidak terima drp public).

 

Institusi-institusi lain yang boleh menyimpan deposit :

·         Sykt pemodalan pembangunan perindustrian

·         Bank pertanian

·         Bank rakyat

·         Bank pusat kerjasama malaysia

·         BSN

·         Bank pembangunan

·         Sykt Insuran

 

Jum minimum Rm 250 000 bagi deposit daripada institusi kewangan & 1 juta daripada badan korporat. – Jumlah ini telah dikurangkan hanya kepada RM 200 000 shj pada 1991.

Bank Perdagangan & Saudagar dibenarkan menerima deposit mata wang asing.

 

Sykt Diskaun ada 7 :

1.       Short deposit M’sia berhad

2.       Kafm diskaun

3.       M’sia diskaun house

4.       Asia Vest diskaun house

5.       Jati    ____________

6.       Kota _____________

7.       Antara ___________

 

Ketujuh-tujuh ini merupakan institusi tunggal yg dibenarkan menerima deposit yg menghasilkan faedah bg tempoh kurang drp 1 bln drp bank & bukan bank.

Sekatan hanya pada amaun setiap satu deposit iaitu RM 25000. Pada amalannya , sykt diskaun hanya menerima deposit panggilan & bermalam shj w/pun mereka dibenarkan menerima deposit j/ masa tertentu .

Deposit panggilan blh dikeluarkan jika diberi notis bagi keluaran tdk lewat drp jam 11 pagi.

Deposit bermalam hanya dlm tempoh 1 hari ttp boleh diperbaharui & dirunding interest rate.

 

Pengendalian pinjaman deposit berlaku setiap hari antara keempat-empat kump institusi kewangan utama dan sesama mereka.

Bagi mana-mana yang lebih dana akan memberi pinjaman bagi mana-mana institusi kewangan yang mengalami defisit. Tetapi rumah diskaun sahaja yang dapat memberi pinjaman kepada rumah diskaun. Proses-proses pinjaman ini dalam bentuk sementara.

 

 

Bagi Bank Perdagangan, Sykt Kewangan & Bank Saudagar penggunaan dana j/pendek dalam bentuk deposit tidak disekat ttp sykt diskaun dikehendaki melaburkan tdk kurang 25 % drp deposit yang diperolehi dalam sekuriti kerajaan & baki dalam sijil deposit belum niaga, cagamas, ( Jun 1950 sekatan ini dihapuskan).

 

·         Institusi kewangan akan berhubung sama ada melalui broker @ secara langsung bagi tempoh j/pendek.

·         Pasaran wang antara bank satu perantaraan bagi dana j/pendek dalam 1 tahun.

·         Urusan standard 1 malam, 7 hari & 1,2 @ 3 bulan.

·         Kadar bunga ditentukan secara bebas dalam pasaran.

·          Persaingan untuk mendapatkan dana akan menyuburkan lagi perkembangan pasaran peringkat 1.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5/ 7/ 99

PASARAN PERINGKAT KEDUA

Ia merupakan pasaran bagi keluaran lama iaini yang berkaitan dengan kegiatan bank dan instruman yang lain. Jenis ini tidak mencipta & menamatkan tuntutan kewangan. Depsit tidak dipindahkan antara peminjam dengan pemberi pinjam.

Tujuan hanya diberikan kepada pembelian & penjualan aset kewangan. Ia berujuan untuk membolehkan pemilik/pemegang aset mudah tunai menukarkan aset mereka kepada tunai tanpa mengalami kerugian modal.

 

FUNGSI PASARAN KEDUA

·         Untuk menyokong operasi pasaran utama dengan menyediakan mudah tunai & maklumat kepada pemberi pinjaman.

Jika tiada pasaran kedua, sesiapa yang membeli aset kewangan boleh niaga, terpaksa menunggu sehingga instrumen ini matang. Tetapi dengan adanya pasaran ke-2 pemilik boleh menjual sebelum matangnya instumen.

Cthnya: bil perbendaharaan, pemiliknya boleh menjual sebelum tempoh matang bil itu.

 

·         Untuk menambah dana bagi menampung pengambilan wang oleh pelanggan @ menjual bil utk melabur dlm aset lain yang memberi pulangan yang tinggi tanpa menunggu tarikh matang.

Institusi kewangan akan akan memindahkan dana dengan membeli bil tadi dengan tujuan menambahkan pendapatan bank selain drp memenuhi keperluan mudah  tunai.

 

 

 

 

 

PASARAN WANG DARI SEGI OPERASI (3)

1.       Penempatan Deposit

2.       Perniagaan Deposit

3.       Jual beli instrumen pasaran wang

 

 

 

 

1.       Penempatan Deposit

Iaitu bagi institusi kewangan yg dibenarkan mengambil deposit :

·         Bank perdagangan

·         Sykt kewangan

·         Bank saudagar

·         Rumah diskaun

 

2.       Perniagaan Deposit

Deposit-deposit yang tersimpan dlm institusi kewangan blh diniagakan sesama mereka melalui pasaran antara bank. Bank-bank & institusi –institusi yg mempunyai sumber yang luas utk memperoleoi deposit boleh mendapatkan pertolongan pasaran antara bank bg menampung pengurangan sumber bg tujuan memenuhi tahap rezab berkanun, memberi pinjaman & tuj rezab kecairan.

Kadar bunga antara bank akan ditentukan oleh pasaran.

 

3.       Jual Beli Instrumen Pasaran Wang

Kerajaan tlh menetapkan bank perdagangan, sykt kewangan & bank saudagar mesti mengekalkan sejumlah peratusan tertentu drp deposit & tanggungannya sbg aset cair dlm bank negara. Aset cair ini disamping tunai termasuk juga bil perbendaharaan & sekuriti kerajaan.

Bank M’sia mengamalkan sistem tender bagi menjual bil perbendaharaan

Cth : bil 91 hari ditawarkan pada setiap hari &

         Bil 120 _____________________ 2 minggu.

 

BNM juga memberi perkhidmatan pendiskaunan semula bil perbendaharaan & surat sekuriti kerajaan sambil membeli & menjual bil-bil tersebut dlm usahanya mengimbangi pasaran & sistem kewangan neg.

 

INSTRUMEN PASARAN WANG

Instrumen Ini mempunyai pelbagai bentuk. Ia sama ada diterbitkan oleh kerajaan @ pihak bank @ pihak swasta/ badan korporat.

Oleh sebab itu, kita bleh bahagikan instrumen pasaran neg kpd :

1.       Instrumen Kerajaan

2.       _________ Bank & Swasta

1.       Instrumen Kerajaan (3)

1.       Bil perbendaharaan

2.       Sijil pelaburan kerajaan

3.       Sekuriti kerajaan

 

Instrumen ini pada amnya dibahagikan kepada 3 tempoh :-

1.       Instrumen kerajaan j/ pendek

Tempoh matang 1 tahun @ kurang

·         Bil perbendaharaan

·         Sijil pelaburan kerajaan

 

2.       Instrumen kerajaan j/ sederhana

Tempoh matang 1- 5 tahun.

·         Sijil pelaburan ker

·         MGS ( M’sian Govt Securiti)

·         Sekuriti ker

 

3.       Insteumen kerajaan j/ sederhana

Tempoh matang 5- 21 tahun

·         MGS shj

 

BIL PERBENDAHARAAN

·         Di keluarkan oleh BNM oleh ker pusat.

·         Ia merupakan 1 insrumen hutang sektor awam j/ pendek & tempoh matang tdk melebihi 1 thn

·         Akta yg menjadi pengamal treasury bill/local, 1946 yg antara lain akta ini menetapkan had maksimum berkanun yg blh dikeluarkan pd suatu ketika & masa. Is berubah dari masa kesemasa. 1975- 2.6 billion & 1997 – 3 billlion

·         Had maksimum dilakukan krn pertambahan belian bank-bank perdagangan.

·         Bil perbendaharaan blh dibayar atas perintah memberi hak kpd pemegangnya terhadap jumlah bayaran yg tlh ditetapkan iaini nilai muka pada suatu tarikh matang tertentu.

·         Oleh sbb bil perbendaharaan ini blh diniagakan, maka ia boleh dipindah milik melalui pengesahan di belakang bil .

·          Ia tidak memberi kadar bunga secara langsung. Para pelabur memperolehi keuntungan apb bil yg dikeluarkan pd suatu hg diskaun & ditebus pada nilai penuh pd tarikh matang.

·         Apb bil sampai tempoh matang, BNM akan bayar mengikut nilai muka kpd pemiliknya. Para pelabur tidak dapat tunaikan bil di BNM sblm tarikah matang.

·         Pihak pelabur/bank boleh juga menjual pada pasaran kedua @ terus jual di pasaran jab bank di M’sia. Jabatan ini di BNM & bertindak sebagai jendela pendiskaunan semula bagi pelbagai tempoh matang. Ini bererti, bil perbendaharaan blh didisskaun @ dijual pd syarikat diskaun @ ditolak balik pada jabatan bank sblm tarikh matang.

 

PERANAN BIL PERBENDAHARAAN

Kewujudannya memainkan peranan penting (3) :

1.       Memberi peluang kepada institusi kewangan utk melabur lebihan dana j/ pendek mereka.

Bil ini merupakan satu saluran pelaburan yang baik krn bebas drp risiko & dikeluarkan oleh kerajaan. Ia tidak membawa kerugian yang besar jika bil itu hendak dijual dengan segera.

 

2.       Merupakan aset mudah tunai bg institusi kewangan

Dengan itu ia menyediakan mudah tunai pada sistem perbankan negara. Bil ini digunakan oleh BNM utk mengawal selia jumlah kecairan / mudah tunai dlm sistem perbankan & seterusnya BNM dapat mempengaruhi tingkat interest dalam melaksnakan monetary policy melalui pasarn terbuka.

 

3.       Bil ini dikeluarkan oleh BNM bagi kerajaan pusat untuk menambah dana j/ pendek. Dana ini

diperlukan utk membiayai segala perbelanjaannya. Oleh sebab itu Bil perbendaharaan dpt membantu kerajaanmembiayai modal kerja pada kos yang paling rendah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JENIS-JENIS BIL PERBENDAHARAAN

 

Sebelumtahun 1973, bil perbendaharaan dikeluarkan utk tempoh matang 3, 6, 9, 12 bulan berdasarkan permintaan.Ia dikeluarkan apabila ada pelabur ingin membelinya. Kerajaan akan tetapkan kadar diskaun menurut syor yang dicadangkan oleh BNM. Selepas Ogos 1973, BNM mula menjual bil secara tender mingguan krn bertujuan utk menggalakkan persaingan di pasaran & menarik lebih ramai bakal-bakal pelabur.

 

Melalui tender mingguan ini, bil ditawarkan sebagaimana berikut:-

      Bil 91 hari setiap 1 minggu

      __120 _______2 _____

      __325 _______4 ______

 

Tender ini diuruskan oleh BNM pada setiap hari Isnin dgn diwakili oleh Jab Audit &BNM. Pengumumannya di buat pada hari Rabu & dikeluarkan pada hari Jumaat.

 

Slps 1989, BNM telah menetapkan bahawa tawaran terhadap tender bagi bil P ini hanya blh dibuat oleh Rumah Diskaun. Ini bererti tawaran utk membeli bil P mestilah melalui Rumah Diskaun @ pasaran ke-2. Mengikut peraturan BNM sekurang-kurangnya 75% drp kump wang deposit mrk dalam bil & sekuriti yang lain, dgn baki cukup tempoh tidak lebih 5 thn.

 

BNM dlm usaha menggalakkan bil P tlh mengadakan kemudahan spt :

Pendiskaunan semula terhadap bil tersebu dgn kadar yang menggalakkan.

BNM juga bersedia membeli & menjual bil P melalui pasaran dgn tujuan utk menstabilkan pasaran.

Cth : Suatu nilai bagi bil RM100 ialah 1 unit. & apb pelabur bid bil tadi & byr kurang RM 100, perbezaan tadi merupakan pulangan / hasil bagi pemilik tersebut. Begitu juga pertukaran pindah milik.

 

Dlm usaha utk menarik bil, BNM telah membuat beberapa langkah:-

1.       1959 : BNM tlh menawarkan pendiskaunan semula.

 

2.       Melalui dasar kewangan, aset mudah tunai minimum bagi setiap institusi ker , bil P juga diambil kira. ( bkn tunai shj).

3.       Langkah mempelbagaikan tempoh matang

 

4.       Jan 1989 : BNM tlh melantik ketujuh-tujuh rumah diskaun sbg pemasar peniaga utama bagi bil P.

 

 

SEKURITI KERAJAAN MALAYSIA (MGS)

 

Ialah aset yang cuba diperkembangkan utk memajukan pasaran wang. BNM juga menyediakan kemudahan pendiskaunan semula. Ordinannya ialah Loan ( Local Ordinan 1959). Ordinan ini memberi had berkanun pinj oleh ker M’sia bagi sesuatu j/ masa sebyk 60 bilion.

 

SIJIL PELABURAN KERAJAAN ( GIC )

 

Bon oleh ker M’sia & hasilnya utk digunakan bagi membiayai pembangunan neg. Akta yang mengawal bagi GIC ialah Akta Pelaburan Kerajaan 1983. Ia memberi hak berkanun bagi nilai sijil yang boleh dikeluarkan iaitu sebyk 1 bilion. GIC dikeluarkan pd 1983  iaitu sebaik shj BNM beroperasi.

 

Lahirnya adalah krn pada masa Bank Islam beroperasi, ker perlu mengadakan satu instrumen kewanganyang boleh dijadikan instrumrn pelaburan oleh Bank Islam disamping utk memenuhi syarat minimum mudah tunai & juga memberi ruang melaburkan dana lebihannya.

 

Sekuriti ker biasanya berasaskan bunga & tdk sesuai dgn operasi Bank Islam. Tanpa ada GIC, operasi BIMB tdk blh dijalankan. Oleh itu, GIC pada akta 1983, dikeluarkan khusus utk memenuhi keperluan institusi kewangan Islam.

 

Pd peringkat permulaan & sekarang, mekanisme utk menetapkan pulangan berdasarkan kpd konsep Qardhu hasan. Ker sbg peminjam wang akan memulangka kembali bayaran pokok & memberi hibbah pada kadar yang bagus.

 

 

 

 

26/7/99

 

INSTRUMEN YANG DITERBITKAN OLEH PIHAK SWASTA.

1.       BON CAGAMAS

2.       TERIMAAN JURU BANK

3.       SIJIL DEPOSIT BOLEH NIAGA

 

BON CAGAMAS

Untuk  meluaskan aktiviti pasaran wang, CAGAMAS ditubuhkan pada 2 Dis 1986. Sbg sebuah perbadanan nasional, CAGAMAS bertindak sbg perantara antara pemberi pinjaman utama dgn pelabur. Maksudnya CAGAMAS membeli pinjaman pertama ( drp bank) & menerbitkan bon kpd orang ramai utk membiayai pembelian pinjaman tadi. Oleh itu, cagamas berperanan sbg penerbit sekuriti ker.

 

Objektif utama penubuhan cagamas :-

1.       utk memajukan lagi pasaran cagaran di peringkat ke-2. Ini dpt membantu pihak pembeli terutama dari segi mudah tunai dgn cara menolong mengurangkan perbezaan antara struktur tempoh matang dana dgn penunaian.

Cth : orang ramai pinjam dari bank dengan temph yang lama. Hutang itu dibeli oleh cagamas drp bank & dijual kpd public.

 

2.       membantu mengurangkan lagi risiko akibat akibat drp perubahan perubahan kadar pinjamannya.

 

3.       meningkatkan lagi pas wang dgn mengadakan pelaburan baru krn cagamas berisiko rendah & pengkadaran tetap. Ia pula dapat memenuhi permintaan bon jangka sedehana mudah tunai & juga sebagai tambahan bon yang dikeluarkan oleh pihak ker.

 

CIRI-CIRI BON CAGAMAS

1.       Ia tdk mempunyai risiko kredit krn mempunyai ciri yang kukuh & berQ tinggi.

2.       Memberi hasil yang baik & lbh tinggi berbanding drp sekuriti ker.

3.       Mudah ditunaikan

4.       Dikecualikan drp cukai setem

5.       Termasuk dalam sekuriti mudah tunai.

SIJIL DEPOSIT BOLEH NIAGA (NCD)

 

Instrumen ini dikeluarkan pada Mei 1979 bertujuan utk memajukan lagi pasaran wang. NCD ialah satu dokumen yang berkaitan dgn wang yang ditabungkan oleh pemilik sijil. Dokumen ini memperakukan t/jawab utk membayar sejum wang yang tercatat dlm sijil itu kpd pemilik sijil.

 

 NCD ini diterbitkan, krn pihak bank mendapati pelanggan mengurangkan deposit dalam bank utk membeli sekuriti ker dll instrumen. Pihak swasta mengeluarkan NCD ini supaya deposit itu dapat kembali kpd pihak bank.

 

NCD merupakan sijil bagi deposit tetap dlm RM yang diterbitkan oleh bank sebagai penabungan sejum wang bagi satu-satu tempoh trtentu dg kadar bunga & nama bank.

 

NCD lbh kurang fixed deposit bezanya fixed deposit tak boleh diniagakan ttp NCD boleh diniagakan krn tiada nama.

 

PERANAN NCD.

 

1.       Mempergiatkan aktiviti pasaran wang disamping dpt memberi peluang lagi kpd org ramai.

2.       Oleh sbb blh dipasarkan di pasaran kedua, maka ia boleh dijual beberapa kali sebelum matangnya.

3.       Sijil tidak perlu kpd pengesahan iaitu ia blh ditunaikan oleh sesiapa shj pd tarikh matangnya.

4.       Tidak dikenakan setem

 

PERANAN JURU BANK / BIL PERTUKARAN (BA)

Bank Perdagangan & Saudagar shj dibenarkan menerbitkan BA. Bank –bank lain dibenarkan u/niaga pada pasaran kedua.

 

 

 

 

 

 

 

Instrumen pasaran wang mengikut konvensional sama cuma yang membezakannya ialah dari segi prinsip yang digunakan di bawah Islam yang tdk melibatkan interest.

 

Instrumen di bawah kewangan Islam ialah :

SIJIL PELABURAN KERAJAAN

 

CIRI-CIRI INSTRUMEN YANG DIBUAT DI M’SIA

1.       Instrumen itu boleh diniagakan

2.       Mudah tunai

3.       Risiko yang rendah

4.       Tdk boleh melibatkan interest

 

INSTRUMEN YG TERUJI BERDAYA MAJU ANTARANYA :

1.       PEMBIAYAAN MODAL KERJA

-          dibuat melalui prinsip murabahah/ make up

-          merujuk perjualan sesuatu brgan termasuk keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak

-          harga & lain-lain kos serta margin keuntungan ditetapkan semasa akad dibuat. Kebiasaannya instrumen ini disediakan kpd kontraktor, pekilang @ peniaga yang memerlukan pembelian stok, inventori, alat-alat ganti, brg separuh siap & brg mentah

 

CARA / MEKANISME

            Bank melantik pelanggan sebagai agen bagi pihaknya untuk membeli brgan yg dikehendaki kpd pembekal & bank membayar hg brg tersebut menggunakan dananya tadi. Kemudian bank menjual brgan tadi secara kredit pd hg yang tlh dipersetujui iaitu kos & margin keuntungan mengikut prinsip al-murabahah. Bayaran balik dibuat mengikut yangdipersetujui oleh 2 pihak.

 

Pd umumnya, murabahah sama dgn jual beli cuma :

1.       penjual hendaklah menyatakan hal yang sebenar

2.       penjual & pembeli mesti sama-sama bersetuju dengan kadar keuntungan yang telah ditetapkan

3.       sekiranya berlaku kekeliruan dlm menerangkan kos, pembeli blh membatalkan akad

 

2.       PEMBIAYAAN PROJEK

-          MURABAHAH  @ MUSYARAKAH

 

Konsep ini merujuk kpd u/sama 2 pihak @ lbh yang bermotifkan keuntungan. Keuntungan dari u/sama ini akan dibahagikan di kalangan yang terlibat mengikut nisbah yang telah dipersetujui. Sekira berlaku kerugian, ia akan ditanggung oleh pihak yang terlibat @ peratusan saham yang dimiliki.

 

PERBEZAAN MURABAHAH                        &                     MUSYARAKAH

1.       modal dtg dari satu pihak                                          sama-sama keluar modal & usaha

& usaha dtg dari satu pihak lain.

 

2.       kerugian ditanggung oleh pemilik                               kerugian ditanggung oleh kedua-dua

modal                                                                     pihak

 

·         Bank Islam jarang ambil instrumen ini krn risikonya terlalu besar.

 

 

PEMBIAYAANPERIBADI / KEMUDAHAN OVERDRAF SECARA INTEREST

Ia ditawarkan oleh pihak bank. Merupakan satu cara membantu pelanggan bank yang memerlukan cash. Overdraf dalam bank ialah dgn cara bainah (helah)

Cthnya : Bank jual komputer dengan Ahmad dgn harga RM 30 000 dan dibayar secara bulanan. Lalu Ahmad pula akan menjual balik komputer itu kepada bank dengan harga RM 20 000. Ini bermakna Ahmad mendapat cash sebanyak RM 20 000. (jualbeli ini dijalankan di atas kertas)

 

Kaedah ini menggunakan hujah:

Nabi Yusuf pukul isterinya denganmenggunakan 100 batang rotan dengan sekali sebatan. Sedangkan Nabi bernazar untuk memukul isterinya dengan 100 kali sebatan.

 

 

 

 

 

 

BIL PENERIMAAN SECARA ISLAM (IAB)

Diwujudkan dengan menggalakkan aktiviti perdagangan secara Islam. Ia sama dengan BBA tetapi IAB menggunakan bai’n al-dain & mudarabah

 

Dalam instrumen ini terdapat 2 cara :

1.       Import & pembelian domestik ( IAB BELIAN)

2.       Eksport & penjualan domestik (IAB JUALAN)

 

CARA IAB BELIAN

Apb seseorg pelanggan memohon bank menyediakan pembiayaan agar dia dapat membeli brgan yang bukan berbentuk harta tetap, bank akan melantik pelanggan tersebut sbg agen utk membeli brgan tersebut bagi pihak bank. Bank akan membayar hg brgan itu dgn menggunakan dana bank & menjual brgan itu kpd pelanggan tersebut dengan meliputi kos & margin keuntungan.

 

Pelanggan pula akan selesaikan dgn cara bertangguh & berusaha utk mendapatkan kemudahan kredit drp bank dgn menyerahkan dokumen utk bank menerbitkan IAB. Hutang ini akan disekuritikan mengikut prinsip bai’ al-dain dalam bentuk bil pertukaran.

 

Bil pertukaran ini diwujudkan oleh bank & diterima oleh pelanggan. Bil ini boleh dipasarkan juga di pasaran kedua. Bil ini akan dibayar pada pelanggan bank pada tarikh matang mengikut jumlah penuh.

 

CARA IAB JUALAN

Apabila pengeksport hendak mengeksport brgan yang berasaskan kontrak jualan yang dihantar ke banknya, ia memerlukan pembiayaan. Pengeksport & pelanggan yang ingin mendapatkan kemudahan ini dikehendaki menyediakan dokumen jualan @ eksport spt yang dikehendaki di bawah kontrak surat kredit. Pelanggan akan mengeluarkan satu bil pertukaran baru atas prinsip bai’ al-dain yang mempunyai tempoh matang tertentu. Bil ini dinamakan IAB JUALAN.

 

Bank akan membeli IAB jualan pada harga yang dipersetujui & bayarannya akan terus dikreditkan pada akaun pengeksport. Bank akan terima bayaran balik pada tarikh matang & ia boleh diniagakan pada pasaran kedua, pasaran wang.

 

 

PERBEZAAN IAB BELIAN                      &              IAB JUALAN

·         Bank mewujudkan IAB ke atas pelanggan                *  Pelanggan mewujudkan IAB &

& diterima oleh pelanggannya.                                     Diterima oleh pihak bank.

 

 

2 / 8/ 99

 

JAMINAN BANK SECARA ISLAM

 

Konsep ini merujuk kpd jaminan yang diberi kpd satu pihak kpd pemilik suatu brgan yang tlh mendepositkan brgannya dengan pihak ketiga. Kemudiannya jika akan tuntutan dengan pihak yang berhubungkait dgn brgan tersebut, ia hendaklah diselesaikan oleh penjamin seandainya tuntutan itu tidak ditunaikan oleh pihak yang ketiga. Instrumen ini menggunakan 2 prinsip akad:-

a)      Al-Kafalah

b)      Al-Wadiah

 

Dalam amalan kini, surat jaminan bank adalah kontrak yang dibuat antara bank dgn satu pihak lain yang menyatakan persetujuannya utk melaksanakan tanggunagn kpd bank sekiranya pelanggan itu gagal utk menunaikan bayarannya.

 

PROSEDUR UTK DAPATKAN SURAT JAMINAN.

Pelanggan akan membuat permohonan dgn bank (surat) terhadap t/jawabnya ttg sesuatu hutang @ pelaksanaan sesuatu t/jawabnya pd pihak yang ketiga.

 

Bank akan keluarkan surat kpd pihak yang ketiga dgn mengatakan bank bersetuju menjelaskan hutang pelanggan @ membayar ganti rugi bersabit dengan pelaksanaan sesuatu tugas seandainya pelanggan gagal melaksanakan t/jawabnya. Bank kemudiannya meminta pelanggan meletakkan satu deposit berdasarkan al-wadiah. Bank akan mengenakan komisen berdasarkan kaedah ‘upah’ sekiranya mengeluarkan surat jaminan.

 

SURAT KREDIT SECARA ISLAM

Surat krdit adalah satu akaun t/jawab yg dikeluarkan oleh pihak bank kpd penjual @ pengeksport yang mengakui bahawa bank akan membayar kpd penjual amaun tertentu yang tercatat dlm surat kredit itu dgn syarat yang terkandung dlm surat kredit itu.

Pengeluaran instrumen ini berdasarkan kpd :

a)      Al-Wakalah

b)      Al- Musyarakah / Mudarabah

 

a)      SURAT KREDIT BERBENTUK WAKALAH

Merujuk kpd situasi satu pihak menamakan pihak yang lain sebagai wakil. Bank bertindak sbg agen kpd pelanggan. Pelanggan meminta bank menyediakan surat kredit dgn memaklumkan jenis & sifat brg yg hendak dibeli tertakluk dgn syarat-syarat pengeluaran surat tadi.

 

Sblm bank keluarkan, pelanggan diminta meletakkan deposit yang lebih kurang sama dgn brg yang dibeli & berdasarkan kpd "“al wadiah wal damanah". Apb bank terima maklumat ………….

…………………..bank menjelaskan bayaran dengan menggunakan wang bayaran.

 

 

 

b)      SURAT KREDIT MUSYARAKAH

Situasi dimana pelanggan bank tlh memperolehi kontrak & menamakan brgan perniagaan kpd sesuatu organisasi. Pelanggna berunding dgn bank utk membuat perkongsian ttg tawaran kontrak tadi dgn bank menyediakan kemudahan kredit utk membolehkan pelanggan mengimport & menamakan kpd sykt yg bagi kontrak.

 

Prosedur mengeluarkan surat :

Pertamanya memaklumkan kpd bank utk memerlukan surat kredit & berunding dgnnya. Jika bersetuju, maka kedua-duanya akan berkongsi & membuat perjanjian mengikut nisbah. Pelanggan meletakkan deposit yang bersamaan dgn bahagiannya berasaskan konsep ‘al wadiah wal dhamanah. Bank pula mengeluarkan duit & keuntungan dibahagikan bersama.

Cthnya bank : pelanggan ialah 1 : 2 ( 100, 000 bank & 200 000 pelanggan ). Maka ini sebenarnya bermakna bank akan mengeluarkan duit sebanyak RM 300 000.

 

 

 

 

 

 

JUAL HUTANG ( BAI’ AL-DAIN)

Bentuk perniagaan di mana seseorg yg mempunyai hak mengutip hutang pada suatu masa bkn menjual hak itu kpd org lain dgn hg yang dipersetujui bersama.

 

Ia merujukm kpd pembiayaan hutang iaitu peruntukan sumber kewangan yang diperlukan oleh bank perdagangan & perkhidmatan dgn cara menjual & membeli kertas @ dokumen perdagangan.

 

Ia digunakan di perbankan Islam di M’sia bagi mewujudkan sumber kewangan yang diperlukan oleh pihak pengeluar, unit perdagangan melalui cara pendiskaunan & surat perdagangan serta mengikut syarat-syarat tertentu. Sekuriti ini membuktikan sabit hutang kpd org lain.

 

Sekalipun terdapat ssetengah pendapat fiqh menentang instrumen ini, namun mengikut kajian yang  dibuat oleh IISG ( Kump Pengkaji Instrumen Islam ) mendapati bahawa tiada bukti ijtima’ ulama dlm bai’ al dain sebagaiman dakwaan ulama Arab. Mengikut kajian IISG ini, ia diharuskan oleh mazhab Maliki.

 

Bai’ al-dain Byk Manfaatnya :

1.       Mewujudkan sumber kewangan yang diperlukan oleh pedagang-pedagang tadi melalui penjualan dokumen & sekuriti swasta.

2.       Dpt membantu penjual & pengeksport utk mendapatkan wang tunai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PASARAN MODAL   

 

Pasaran modal merujuk kpd :

·         pasaran aset j/ panjang yang terdiri drp semua instrumen hutang sama ada awam @ swasta yang memunyai tempoh matang melebihi setahun

·         stok @ saham korporat yang tidak mempunyai tempoh matang yang tetap serta niaga hadapan komoditi.

 

FUNGSI ;-

Spt juga pas wang, pas modal wujud bg melaksanakan fungsi utama mewujudkan kecairan iaitu:-

1.       Bagi membantu pembangunan ekon melalui mobalisasi dana j/ panjang drp semua unit dlm ekon  (isi rumah, swasta, ker) utk membiayai program pembangunan awam & swasta.

 

2.       Meningkatkan perusahaan swasta dgn menyediakan alat/ cara yang mudah bg meningkatkan dana utk pelaburan korporat & perkembangan.

 

KOMPONEN PASARAN MODAL

1.       Pasaran Sekuriti Ker

2.       ____________Korporat.

 

Sekuriti Terbitan Awam terdiri drp :

A )  Sekuriti Ker M’sia

B ) Sijil Pelaburan

 

Sekuriti Swasta :-

A)    Saham

B)     Hutang Sekuriti Swasta

·         Pengeluaran Bon

·         Nota Janji

 

 

 

 

 

U/niaga diuruskan di pasaran Peringkat 1 & 2

1.Pasaran Peringkat 1

·         Terbitan baru sekuriti ker & korporat ditawarkan secara langsung kpd individu

 

3.       Pasaran Peringkat 2

·         Instrumen ker diniagakan di ins. Kewangan shj.

·         Sekuriti korporat ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­_______ di Bursa Saham BSKL & Pasaran Saham Bumiputera