Make your own free website on Tripod.com

 

Google

PENETAPAN RINGGIT KE ATAS DOLLAR AMERIKA PADA 1998

Oleh : Khairol Azli Mohamad

 

Soalan : Pada pendapat anda, apakah langkah penetapan nilai ringgit oleh Dr Mahathir akan berjaya menyelesaikan masalah ekonomi negara?

 

Mukaddimah

Pada umumnya kedudukan nilai sesuatu mata wang atau sesebuah pasaran saham mencerminkan prestai ekonomi sesebuah negara. Nilai mata wang dan pasaran yang kukuh dan stabil menunjukkan ekonomi negara yang kukuh. Sebaliknya nilai mata wang dan pasaran saham yang merosot menunjukan keadaan ekonomi negara yang lemah dan tidak stabil. Namun begitu kedudukan nilai mata wang dan pasaran saham adalah ditentukan beberapa faktor seperti faktor spekulasi  dan manipulasi pasaran.

 

Begitu juga negara kita yang tidak dapat lari spekulasi yang mengakibatkan ekonomi negara merudum pada Julai 1997. Kejatuhan nilai ringgit kali ini adalah yang paling teruk sejak ekonomi negara pulih daripda kemelesetan paa pertengahan tahun 80-an

Pelan pemulihan ekonomi negara perlu memberikan panduan yang jelas bagi langkah-langkah yang akan diambil. Ianya harus dilaksanakan dengan segera. Walaupun pertumbuhan ekonomi yang berterusan adalah penting, tetapi ianya tidaklah diberikan penekanan utama di dalam penentuan dasar masa kini. Sebaliknya tumpuan dasar adalah untuk mengembalikan kestabilan dalam pasaran wang dan pasaarn modal, di samping memperkukuhkan pasaran kewangan dan asas-asas ekonomi negara.

 

Semenjak bermulanya krisis mata wang, nilai ringgit telah menjadi tidak stabil, berubah turun naik pada setaip hari dan kadang kala setiap jam   

 

Latar Belakang Penetapan Ringgit

 

Malaysia sebenarnya sebelum ini cuba untuk menstabilkan nilai ringgit sebelum ini pada bulan Julai 1998[1] sebelum membuat keputusan nilai ringgit. Sebanyak empat langkah yang disyorkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi memperkukuhkan ringgit yang pergerakannya turun naik. Langkah terbabit ialah pemilihan rejim kadar tukaran yang bersuaian, meningkatkan rizab luar, mengurangkan penggantungan terhadap dolar Amerika 

 

Susulan daripada pelaksanaan langkah kawalan tukaran matawang terpilih, ringgit kukuh sedikit sebanyak 10.5 peratus berbanding dollar Amerika daripada akhir Ogos pada kadar RM4.22 kepada kadar tertinggi harian sebanyak RM3.82 pada 1 September 1998. Ringgit terus kukuh pada US$1.00 bersamaan Rm3.80 dan selepas itu ia ditetapkan pada paras tersebut mulai 11 pagi pada 2 September 1998.  

 

Pada 1 September 1998, kerajaan Malaysia telah mengumumkan peraturan kawalan mata wang dengan mengehadkan jumlah keluar masuk wang tunai yang berkuatkuasa pada 1 Oktober pada tahun yang sama serta mengikat kadar ringgit pada kadar yang tetap iaitu US$1.00 bersamaan dengan RM3.80. Antara lain penguatkuasaan tersebut ialah Ringgit tidak sah diperlakukan dan diperniagakan di luar negara serta mereka yang memegang Ringgit diluar negara tidak dapat menukarkannya kepada sebarang bentuk mata wang asing kecuali dengan menggunakan ringgit sahaja untuk membeli aset Malaysia.[2]

 

Walaubagaimanapun kerajaan masih menyedari bahawa terdapat ramai yang memegang ringgit di luar negara, justeru kerajaan menetapkan bahawa ringgit hanya dibenarkan di bawa pulang dalam tempoh satu bulan dari tarikh 1 September 1998. Dalam peraturan itu juga rakyat Malaysia mahupun rakyat asing yang keluar masuk hanya dibenarkan membawa tunai sebanyak RM 1000 setiap seorang manakala jika mata wang asing, mereka dibenarkan memebawa keluar sehingga maksimum sejumlah RM10 000 tetapi kerajaan tidak sekatan dikenakan untuk mata wang asing yang dibawa masuk.[3]

 

Ini bermakna bahawa ringgit sudah tidak sah diperlakukan di luar Malaysia selepa 31 september ini. Dengan itu, ringgit sama ada dalam simpanan peribadi atau dibank di luar negara termasuk Singapura, Brunei dan Thailand perlu dibawa balik ke Malaysia dalam tempoh sebulan. Selepas tempoh sebulan itu, ringgit tidak boleh kepada mata wang asing termasuk penghantaran melalui sistem antara bank di luar negara atau penggurup wang tidak akan ada lagi urus niaga dalam ringgit.[4] Ini bermakna jika ingin menukarkan ringgit kepada mata wang asing maka ianya perlu dibawa pulang ke Malaysia dahulu kerana ianya tidak sah diperlakukan diluar negara.

 

Secara ringkasnya terdapat dua objektif utama keputusan kerajaan untuk menetapkan ringgit pada harga RM3.80 disamping beberapa tujuan lain. Pertamanya ialah ianya bertujuan untuk menyekat spekulator asing daripada terus merosakkan ekonomi negara kerana langkah menetapkan kadar ringgit dan tidak membenarkan diniagakan ringgit diniagakan di luar Malaysia akan menghalang spekulator asing daripada melakukan spekulasi terhadap ringgit manakala objektif yang kedua pula ialah untuk mengelakkan keadaan terlebih tawaran terhadap ringgit di luar negara. Ini kerana menurut teori permintaan dan penawaran apabila tahap penawaran berlebihan secara ekstrim sedangkan permintaan adalah kurang maka kejatuhan drastik dalam nilai akan berlaku.[5]

 

Antara sebab lain ianya diperlakukan demikian ialah pegangan mata wang di luar negara tinggi iaitu sekitar RM25 billion berbanding rizab wang asing yang terdapat Bank Negara Malaysia.[6] Jumlah yang terkumpul mungkin lebih tinggi termasuk yang berada dalam simpanan peribadi. Rizab yang tinggi yang berada diluar negara menyebabkan penawaran ringgit diluar negara meningkat seterusnya merendahkan kadar tukaran asing bagi ringgit.

 

Kelebihan Kadar Pertukaran Tetap

 

Malaysia sebenarnya mengamalkan sistem pertukaran terapung sebelum ini iaitu membenarkan kadar ringgit bebas ditentukan oleh pasaran iaitu mengikut permintaan dan penawaran ringgit tersebut dengan kawalan oleh Bank Negara Malaysia untuk mengelakkan ketidakstabilan harga.  Namun begitu sistem pertukaran terapung lebih terdedah kepada ketidakstabilan harga berbanding sistem pertukaran tetap. Dalam sistem pertukaran terapung, ketidakstabilan sementara berlaku dalam pertukaran yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan harga barangan. Keadaan seperti ini boleh membantutkan pertumbuhan perdagangan dan mengakibatkan kegawatan ekonomi kerana pengimport tidak akan mengambil risiko sebegini.[7] 

 

Justeru, langkah kerajaan untuk menetapkan ringgit adalah tepat kerana ianya boleh menstabilkan ringgit dan keyakinan pasaran. Sebenarnya langkah-langkah kerajaan dalam menetapkan nilai ringgit Malaysia mempunyai beberapa kelebihan yang dapat mengembalikan negara ke era kegemilangan ekonomi seperti tahun sebelum terjadinya krisis kewangan dan kegawatan ekonomi pada 1997.

 

Penetapan ringgit sebenarnya dapat mengukur kadar pertukaran dengan lebih kadar pertukaran yang lebih stabil. Dengan itu sistem ini dapat menghilangkan ketidakpastian dan ktidakstabilan harga.[8] Ini lebih meyakinkan para peniaga. Apabila ringgit berada dalam keadaan tidak stabil, maka perniagaan tidak boleh diteruskan dalam keadaan yang menguntungkan kepada peniaga terbabit. Ini kerana bila mana ringgit jatuh kita perlu membayar ringgit lebih tinggi untuk mendapatkan barangan daripada luar negara yang mana import ini adalah penting untuk perkembangan ekonomi negara.[9] Import adalah sangat penting kepada ekonomi negara kerana melalui importlah kita mendapatkan teknologi yang canggih dalam perkilangan dan sebagainya yang produktif yang akhirnya membawa kepada perjalanan operasi syarikat yang lancar sekaligus meningkat pendapatan negara. Jika kita terpaksa membayar lebih dari yang sepatutnya untuk mendapatkan barangan import maka para peniaga akan miskin, rakayat akan miskin dan negara turut akan miskin.

 

Justeru, kita perlu menentukan nilai ringgit secara tetap bagi supaya para peniaga dapat tahu kedudukan kewangan mereka dan dengan itu urusan ekonomi  akan menjadi lebih lancar[10] kerana mereka tidak perlu bimbang kepada harga yang turun naik yang akan mempengaruhi margin keuntungan dalam perniagaan mereka. Ringgit yang stabil juga baik bagi pengusaha industri tempatan serta mereka yang terbabit dalam kegiatan eksport import. Sekurang-kurangya mereka tahu jumlah yang perlu dibayar kerana ringgit tidak lagi turun mengikut sentimen pasaran kerana diikat. Pengeksport juga akan lebih berupaya untuk membuat margin dan peniaga mudah mengawal aliran tunai kewangan kerana penetapan ringgit sebenarnya dapat mengukur kadar pertukaran dengan lebih kadar pertukaran yang lebih stabil yang sekaligus sistem ini dapat menghilangkan ketidakpastian dan ktidakstabilan harga. Ini diperkukuhkan oleh ahli ekonomi kanan di TA Securities, Antony Dass yang berkata bahawa sekarang pengimport dan pengeksport sudah tahu untuk membuat justifikasi kedudukan kewangan mereka kerana kadar ringgit ditetapkan.

 

Kadar pertukaran tetap juga dapat menolong dari segi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan dapat menghindarkan daripada gangguan ekonomi.[11] Kita perlu menyedari bahawa masalah kejatuhan ringgit inilah yang menybabkan ekonomi Malaysia dan negara lain menjadi parah. Akibat nilai mata wang yang jatuh, seluruh sistem ekonomi makro menjadi goyang iaitu kadar faedah naik dan inflasi meningkat selain menyebabkan kos barangan import menjadi tinggi. Ekoran daripada ini banyak syarikat yang kerugian malahan adan yang terpaksa ditutup dan yang akhirnya menerima padah ialah isirumah yang hilang pekerjaan mereka kerana diberhentikan oleh majikan mereka.[12] Lantaran daripada itu, hasil kerajaan merosot kerana cukai kurang diperolehi daripada syarikat terbabit kerana nilai ringgit yang jatuh yang menyebabkan syarikat swasta mengalami kerugian. Pasaran saham juga merudum sebayak 70 peratus di mana pasaran saham dan nilai tukaran ringgit sama-sama berkait untuk mencerminkan kadar pertumbuhan ekonomi negara.

 

Apabila kadar tukaran bagi ringgit ditetapkan nilai ringgit akan menjadi stabil seterusnya memudahkan kerajaan untuk mengawal keadaan inflasi. Mudah tunai negara juga akan meningkat kerana terdapat kecairan yang tinggi dalam negara, sektor perbankan kembali memberikan pinjaman tanpa banyak sekatan kredit, kadar faedah juga turun dan tidak ada kegiatan manipulasi ke atas ringgit. Kerajaan juga boleh menurunkan kadar faedah tanpa menyebabkan nilai mata wang kita menjunam dengan berterusan.

 

Menurut Omar Mohd Dali daripada BSN Commercial Bank ringgit yang stabil akan membantu stabilkan inflasi, memberikan ruang untuk turunkan lagi kadar faedah dan mengukuhkan lagi pasaran sekaligus merangsang semula ekonomi Malaysia ke arah pertumbuhan.[13] Ringkasnya ringit yang stabil membuatkan pasaran menjadi stabil dan seterusnya menggerakkan semula ekonomi.

 

3. dengan menggunakan kadar semerta (nilai tara) iaitu urusniaga dalam masa yang sama langkah ini bukan sahaja dapat menggalakkan perdagangan antarabangsa tetapi juga dapat meyakinkan para pelabur tentang klimaks yang begitu berguna untuk pelaburan jangka panjang antarabangsa. Keyakinan terhadap kestabilan kadar pertukaran asing sangat penting terutama bagi pedagang yang tidak melindungi risiko pertukaran.

 

Secara menyeluruh, tindakan ini lebih banyak memberikan kebaikan kepada negara kerana dengan menggunakan kadar pertukaran tetap ini Malaysia akan dapat menguruskan ekonominya dengan lebih berkesan dengan merancang pembahagian sumber dengan lebih cekap lagi dan efektif lagi.[14] Dengan kadar ringgit yang stabilkan membolehkan syarikat akan dapat menilai semula operasi serta daya maju projek. Maka dengan ini pemulihan syarikat akan memberikan kesan positif dan ini juga membantu bank mengurangkan kadar pinjaman tak berupaya (NPL). Ini juga sekaligus dapat memperbaiki sektor pebankan dalam sistem kewangan ke arah perkhidmatan yang lebih efektif.

 

5. penetapan langkah ini boleh mengahapuskan spekulasi dalam pasaran mata wang asing.

 

 

 


 

[1] Berita Harian 24 Julai 1998.

[2] Berita Harian, 2 September 1998.

 [3] Ibid

[4] Berita Minggu 6 September 1998.

[5] Dewan Masyarakat Oktober 1998 ms 10.

[6] Berita Minggu 6 September 1998.

 

[7]  Wan Mansor Wan Mahmood (1993) Urus Niaga Pertukaran Mata Wang Asing Dewan Bahasa Dan Pustaka ms 63.

[8]  Ibid ms 57.

[9]  Berita Harian 2 September 1998.

[10]  Ibid

[11] Op-Chit Wan Mansor Wan Mahmood ms 57.

[12] Berita Harian 6 September 1998.

[13] Berita Harian 3 September 1998

[14] Op-Chit Wan Mansor Wan Mahmood ms 57